Awas! Bahaya Kosmetik Haram/Tiruan

4 Dec 2019

 

Putih dalam masa seminggu? Kosmetik berjenama dengan harga lebih murah? Jangan mudah terpedaya! Anda mungkin berisiko tinggi terdedah kepada bahan-bahan terlarang yang tidak berdaftar atau bernotifikasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti merkuri dan plumbum. Lebih membimbangkan apabila produk-produk ini dipertontonkan kepada umum melalui televisyen, papan iklan, majalah, media sosial dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya.

Jom dengar apa kata Pakar Dermatologi kami iaitu Dr Kartini Farah Rahim tentang bahaya penggunaan kosmetik haram atau tiruan ini. Semoga bermanfaat buat semua dan kita lebih berhati-hati dalam pemilihan penggunaan kosmetik.