Masalah PCOS! Boleh ke wanita hamil?

1 May 2020

 

Tahukah anda Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) boleh mengganggu tahap kesuburan wanita, mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan menjejaskan keyakinan diri mereka?

PCOS juga sering dikaitkan dengan kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata di mana persepsi ini perlu diubah kerana wanita yang menghidapi masalah ini sebenarnya mempunyai jumlah telur yang banyak tetapi kualiti telur mereka bersaiz kecil dan kurang berkualiti.  

PCOS tidak boleh sembuh namun masalah ini dapat diatasi dengan rawatan yang sesuai dan mereka masih berpeluang untuk hamil.  

Jom kita saksikan penerangan lebih lanjut oleh Dato’ Dr Zamri Abdul Rahim, Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi & Perubatan Reproduktif yang berpengalaman hampir 29 tahun dalam bidang ini.  

Kredit: Mingguan Wanita