Mesej Khas Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AVISENA, Dato’ Dr. Omar Abd Hamid

2 May 2020

 

Menyedari cabaran ketika penularan wabak pandemik COVID-19, kami ingin memaklumkan bahawa AVISENA sentiasa menjadikan keselamatan anda sebagai keutamaan kami dalam memenuhi keperluan kesihatan.

Dalam video khas ini, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AVISENA, Dato’ Dr. Omar Abd Hamid berbesar hati merakamkan ucapan penghargaan kepada kakitangan barisan hadapan yang berdedikasi melawan wabak pandemik ini. Beliau juga turut berkongsi langkah-langkah yang diambil di AVISENA dalam menjamin keselamatan para pesakit, pelanggan dan kakitangan hospital kami.

Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.