(Pa&Ma) Hb Masih Rendah Selepas Cuba Pelbagai Cara? Mungkin Mama Ada Silap Pilihan Makanan & Cara Makan

9 Jul 2019

Majalah Pa&Ma (9 Julai 2019)


Hb masih rendah selepas cuba pelbagai cara? Mungkin mama silap pilih makanan & cara makan. Ikuti tip yang diberikan oleh pakar O&G ini.

Penat kan rasanya bila paras Hb masih di tahap yang rendah walaupun sudah mencuba pelbagai cara? Anemia adalah apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.

Menurut Dr Jumeah Shamsudin, Paka Obstetrik dan Genikologi Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital, lazimnya anemia berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurang, kehilangan darah, atau kemusnahan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) membawa kepada dalam penghasilan sel darah merah yang kurang. Mama yang mempunyai paras Hb rendah daripada 11 g / dL perlu ambil langkah segera menaikkan paras Hb supaya diri dan janin tidak terjejas.

MAKANAN YANG KAYA ZAT BESI

Bagi meningkatkan hemoglobin, mereka disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin.

  1. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam, sawi, brokoli, bendi, kacang pis membantu pembentukan sel darah merah.
  2. Ubi bit, lada benggala, asparagus, bunga kubis dan kentang.
  3. Buah-buahan seperti pisang, anggur, avocado, betik, delima dan epal.
  4. Bijirin seperti beras, quinoa, oat atau roti yang diperkaya dengan zat besi amat disarankan.
  5. Coklat gelap dan serbuk koko
  6. Kekacang dan lentil seperti kacang merah, soya, badam, kacang tanah, biji labu dan kacang hijau.
  7. Ambil sumber makanan daripada haiwan seperti daging merah, ayam kampung, kuning telur kampung, makanan laut seperti ikan.
  8. Daging merah dan organ dalaman jangan diambil berlebihan kerana boleh menyebaba masalah jantung dan paras kolestrol tinggi. Ini kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.
  9. Buah-buahan kering seperti apikot, buah tin, kurma dan prun.

10 MAKANAN PERLU DIKURANGKAN/DIELAKKAN IBU HB RENDAH

Ada beberapa makanan yang perlu dielakkan bagi ibu yang ingin meningkatkan paras Hb iaitu;

  1. Makanan masam yang boleh melemahkan badan.
  2. Elakkan air osmosis terbalik yang tidak mengandungi mineral. Ia yang menganggu keseimbangan homeostasis darah.
  3. Beras putih, gula putih dan tepung gandum putih.
  4. HVO (Hydrogenerated Vegetable Oil) atau minyak goreng yang digunakan berulang kali kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguang edaran darah dan oksigen rendah.
  5. Makanan yang diletakkan banyak kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan.
  6. Makanan berproses seperti makanan dalam tin, minuman berkarbonat dan daging diproses seperti sosej dan nuget.
  7. Makanan ringan atau segera yang kurang khasiatnya seperti kentang goreng, kerepek, burger dan sebagainya.
  8. Ayam daging, telur koersial yang kurang berzat.
  9. Makanan yang boleh menganggu penghadaman seperti mencampurkan sus dan buah, mencampurkan dua jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan atau telur atau susu.
  10. Makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria dan tunjuk langit perlu dihindari kerana ia boleh melemahkan badan.

TIP MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI

Dr Jumeah menasihatkan anda agar menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas mengambil makanan dan minuman yang disenaraikan ini agar penyerapan pil zat besi lebih optimum.

  1. Teh, kopi, kalsium, produk tenusu seperti susu dan yogurt.
  2. Antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis.
  3. Bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia mengandungi asidphytic, yang boleh menganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain.

Ambil dua jam selepas makan pil zat besi supaya pil dapat diserap dengan lebih berkesan.