Rawatan BTL Emsella Membantu Penjagaan Kesihatan Vagina

6 Jul 2020

 

Senaman Kegel dapat menguatkan lantai pelvis bagi mengawal masalah lemah kawalan kencing (stress urinary incontinence) atau mengelakkan risiko prolaps (organ pelvis melorot dari posisi asal).

Namun, sesetengah wanita mengalami kesukaran untuk melakukan senaman ini akibat regangan pada lantai pelvis kesan daripada proses kelahiran, pengalaman seksual, obesiti, sembelit dan sebagainya. Wanita bujang juga tidak terkecuali daripada masalah ini akibat daripada aktiviti fizikal seharian seperti bersukan.

Teknologi BTL Emsella mampu membantu kaum wanita menjaga kesihatan pelvis dengan bantuan denyutan magnet di mana ianya hanya mengambil masa 28 minit yang bersamaan dengan lebih kurang 11 ribu senaman Kegel.

Bagi pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Unit Fisioterapi dan Rehabilitasi Avisena di talian 03-5650 1011.