Resdung boleh menyebabkan kulat? Betul ke?

21 Apr 2020

 

Perkataan ‘resdung’ bukanlah sesuatu yang asing lagi. Resdung atau sinusitis merupakan penyakit yang sering dialami melalui simptom seperti kerap bersin, kegatalan pada hidung dan mata berair. Masalah resdung ini sering dianggap biasa dan kurang dipandang serius.

Namun, jika penyakit ini berlarutan dan tidak dirawat dengan sepatutnya, resdung boleh menjadi lebih parah lagi sehingga menyebabkan kulat di dalam hidung. Dengan peredaran teknologi masa kini, terdapat pelbagai rawatan alternatif bagi resdung seperti prosedur endoskopi hidung iaitu menggunakan kamera bagi tujuan pembersihan rongga sinus.

Saksikan penjelasan lebih lanjut tentang masalah penyakit resdung oleh Dr Ahmad Kusyairi Khalid, Pakar Perunding Bedah Telinga, Hidung dan Tekak di Avisena Specialist Hospital. Hubungi talian 03-5515 1966 untuk mendapatkan rawatan resdung/sinusitis.