Sakit kepala? Adakah ianya biasa atau berbahaya?

31 May 2020

 

Sakit kepala sering dianggap sebagai penyakit biasa dan tidak dinafikan sesetengah keadaan sakit kepala adalah tidak berbahaya.

Namun, terdapat juga kes sakit kepala yang berbahaya sehingga menjejaskan rutin harian jika tidak ditangani dengan segera.

Kenal pasti jenis-jenis sakit kepala dan cara rawatannya bersama dengan Dr Mohd Raffiz Mohd Ali Pakar Bedah Saraf dan Otak bagi membezakan serangan yang dialami itu adalah biasa atau pun membahayakan.