Selamat Hari Jururawat Sedunia!

12 May 2020

 

Disaat kita merintih perih, mereka hadir mengubat pedih. Tanpa mengira pertalian, mereka menghulur bantuan penuh senyuman. Lelah diabaikan, demi menyemai kesembuhan.

Menjadi insan bergelar jururawat bukanlah sesuatu yang mudah. Kecekalan dan kekuatan semangat sentiasa tersemat kemas di dalam kamus hidup mereka.

Selain menunaikan tangungjawab sebagai seorang anak, isteri dan juga ibu, mereka tetap memberikan komitmen yang penuh dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan terbaik.

Pada hari istimewa ini, AVISENA ingin membawa anda menelusuri sebahagian daripada kehidupan seseorang yang bergelar jururawat.

Lembutkan lidah, indahkan bicara, ucaplah terima kasih kepada mereka. Terima kasih, jururawat seluruh dunia! ❤️